Jul 5, 2004

Today is Sunday..banyak yg kufikirkan

Dlm bilik hari ni, kejap lagi kena gi department, tak tau ade ape..tapi ok gak, bleh ar aku settlekan sekali file utk Creation nanti. Ermm, (terkenang insiden idea antara aku dan salah sorang member Creation) buat aku fikir yang aku terkadang tak faham ngan sikap aku yg cepat benar rase bersalah. Yeah..selalu aku berasa risau andai aku buat org kecik hati atau sedih. Acapkali juga aku terperuk dengan perasaan sebegini,aku suka menyalahkan diri sendiri…tak nampak org lain yg silap,hanya aku!! Di lain situasi pula aku anggap aku seorang yg keras kepala dan degil terutamanya di rumah. Entahlah,fikir-fikir semula, hal ini mungkin ada kaitannya dengan proses tumbesaran aku,dari kecik sampai besar.Ke hari ini, macam-macam yang aku dah lalui,semalam dan hari ini membawa aku mengenali diri dan caturan hari esok?? aku tetap ingin menjadi seorang aku yang semakin baik,InsyaAllah! Aku hanya perlu menjadi diri sendiri,betulkan? Buat apelah nak jadik cam org lain (menjadikan mereka contoh mungkin logic) mana mungkin aku sama secara total dengan org lain, masing-masing ada pakarnya dalam bidang sendiri. Aku hanya perlu menjadi along yang terbaik,melakukan yg terbaik utk mereka yang ada di sekitarku. Berbicara soal sayang, sengaja aku larikan diri utk serius berhubung rapat dengan dia yang istimewa. Hek! Manalah aku mampu nak buat semua perkara,lagipun perkara itu adalah satu entity baru, perlu diperhalusi dan menitikberatkan komitmen. Aku cuba menahan diri, aku perlu bercinta terlebih dahulu dengan ilmu dan tugasku, aku mahu jadi yang terbaik dalam pekerjaanku. Andai tidak syumul, sekurang-kurangnya aku telah pun berusaha bersungguh! Niatku,biarlah ketekunan dan sabar menjadi perisai, Allah kan suka akan ketekunan dalam tiap kerja kita. Berbicara pula ttg Tuhan,mengingatkan aku akan tanggungjawab yang sedang dan perlu aku galas. Aku masih dalam kesibukan. Aku perlu bijak membahagi masa, andai gagal berbuat begitu aku pasti gagal mengendalikan segala yang terbaik. Memikirkan pesanan pak lang dan abg Zaki (pelatih yang aku hormati) kata mereka solatlah tunjang utama dlm hidup. Logiknya mmg ada dan hakiki,kerna disiplin diri bermula dengan solat, bukan hati saja kena jaga tapi ada satu malah banyak harapan pada tiap perbuatan dlm solat sehingga pd doanya. Di situ juga ada emas harapan yg kita pinta dari Tuhan,moga tiap pekerjaan,hidup dan mati kita sentiasa dlm rahmatNya. Di titik ini,begitu aku rasakan satu kesyukuran kerna aku terpilih menjadi hambNya dan berpeluang menagih ilmu selautan yang maha. Bernoktah di sini, aku harap dpt terus mencurah idea,berjalan..melihat dan mentafsir apa yang kulihat dengar dan amati di Bumi Tuhan..InsyaAllah :)

No comments: